Waktu Solat

Dapatkan widget waktu solat ini

LATAR BELAKANG

OBJEKTIF PIBG SK SERI BUDIMAN


  1. Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah;
  2. Untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka;
  3. Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;
  4. Untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam Sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan
  5. Untuk membolehkan ibu bapa dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.


FUNGSI PIBG SK SERI BUDIMAN


  1. Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;
  2. Menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah;
  3. Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat;
  4. Meningkatkan keceriaan premis Sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.


KEANGGOTAAN PIBG SK SERI BUDIMAN


  1.  Semua guru di Sekolah;
  2.  Ibu bapa kepada murid yang belajar dalam Sekolah ; dan
  3. Warganegara Malaysia yang diluluskan permohonan untuk menjadi anggota Persatuan oleh Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian atau Pendafatar; mengikut mana yang berkenaan (seperti di Lampiran A); dan
  4. Guru besar menjadi anggota ex officio dan Penasihat Persatuan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...